Saturday, April 11, 2009

A little bit Frustrated

Khamis lepas aku mewakili sekolah dalam program E-PPDA. Program anjuran kementerian pelajaran, dimana setiap sekolah membentangkan hasil kerja mereka mengenai dadah melalui power point. Pertandingan ini diadakan di sekolah Sri Bintang Selatan - dibawah zon pudu. Sebanyak 10 buah sekolah menyertai pertandingan ini. Sekolah yang menang akan mewakili wilayah persekutuan.
Then, semalam bila dah dapat result - sekolah aku hanya mendapat tempat ke 3 sahaja. Tahun lepas dapat naib johan. Sedihlah, tak merasa lah aku untuk mewakili sekolah ke peringkat wilayah persekutuan. Apa nak buat. Tak ada rezeki.

ha..ha.. mama kata entry aku yang ini macam karangan UPSR bentuk laporan. Memanglah alia kan nak ambik UPSR tahun ni. Tarikh UPSR jatuh pada tarikh hari jadi aku hu..hu..

1 comment:

'AQILAH said...

yeke macam karangan.
sikit la.
heeeee
xpela.
tu da dpat tempat ketiga.
syukur.